"Cinta kepada bunga akan layu,Cinta kepada manusia akan berpisah dan Cinta kepada ALLAH s.w.t akan kekal abadi"
Sunday, 19 February 2012
Biarkan dia bahagia... tapi aku merana..♥
Topic ni confirm berat. Apa tak nye. Couple dalam masa 3 tahun lebih. Dia lah segalanya-galanya. Tapi aku bersyukur dia bahagia bersama dengan orang yang dia sayang at least tak macam perangai aku. Dan aku terus bersedih dan merana. Cinta membuatkn aku kuat. Cinta juga membuatkan aku lemah. Kenapa aku tak berterus terang kepada dia. Kenapa aku membuat keputusan tersebut hingga kini aku masih mengharapkan dia dan dia terlalu membenci aku atas semua keputusan yang aku ambil. Cukup jika dia kembali sebagai rakan. Tapi bukan musuh. Tapi itu semua mustahil. Orang kata tak payah fikir lagi, perkara dah terjadi dan lepas. Biarkan dia. Tapi korang tak tahu macam mana perasaan aku. Aku putuskan hubungan ni kerana untuk kebaikan kami. Untuk masa depan kami. Aku syg sgt3 dia. Lebih dari nyawa aku kadang2. Untuk hadapi semua situasi ni. Aku jadi teruk sangat. Terlalu teruk. Pernah aku rasa tak nak lagi hidup. Aku terlalu stress. Sampai kena jumpa doctor selalu. Dengan banyak dugaan aku sakit..#####. dan banyak dugaan yang harus aku tempuh. Selama dekat 2 tahun aku cuba lupakan dia. Dan Alhamdulillah aku berjaya lupakan dia 90/100. Aku selalu berdoa supaya aku dapat lupakan dia. Biarkan dia bahagia dan aku ingin mulakan hidup baru. Selama 2 tahun aku hidup dalam keadaan muram, masam, sedih, takut, kecewa semua2 yang negatif. Aku fobia. Fobia akan cinta. Pi Alhamdulillah, banyak yg support aku supaya kuat biar pun mereka tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Dan Alhamdulillah aku semakin dekat dengan segala suruhan agamaku. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku. Dan mungkin aku akan jumpa yang lebih baik lagi dari dia. Begitu juga dia. Kadang2 teringat juga. Tapi kena kuat. Biarkan semua itu berlalu dan hidup untuk masa depan dan pandang ke depan..don't give up!! ayat ni la yang selalu naik kan semangat aku. Supaya aku tak bersedih. Aku percaya dengan ketentuan Allah. Dia merancangkan semua yg terbaik untuk umat nya. Dan aku harus bersabar dalam mengharungi liku2 kehidupan. Sekarang aku mengenali seorang lelaki. Sahabat aku dari sekolah rendah. Aku cuma harap. Jangan cinta membuatkan aku kecewa lagi. Aku terlalu fobia.Fobia cinta..
No comments:
Post a Comment