Birthday Cupcake

Monday, 27 February 2012

Kelebihan orang yang banyak berdoa


  • DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
  • Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.
  • Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
  • Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.
  • Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.
  • Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.
  • Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.
  • Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.
  • Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.
  • Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”
  • Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”
  • Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.


Ciri wanita solehah idaman lelaki



1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?

# Adakah aku memiliki ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki!  Ya Allah jauhnya aku..

Monday, 20 February 2012

Sunday, 19 February 2012

Chinese Muslim Friends - IIC

China Cooks! Baozi by China Tang Hua


Mariam, Aisyah, Tin Tin. Thanks for teach me how to cook Baozi. I'm love it. Saya selalu buat dan untuk saya ingat selalu cara masak Baozi saya tengok link youtube ni. Memang perfect. Tapi dalam youtube ni guna pork. Tapi kita tukar guna telur hari tu. Sedap sangat. Kat rumah pun saya guna telur. Kalau ada rezeki lebih dan masa saya nak buat yang guna daging lembu- beef..mesti sedap lagi. Resepi gulai ayam saya tak jumpa lagi link youtube dia. Kalau jumpa mesti saya buat. Rindu kamu bertiga-tiga. kita dah tak boleh contact. Fb di negara kamu tak dibenarkan. harap kita dapat contact selalu di email. Kamu bertiga adalah kawan baik saya. Rindu nak speaking dengan kamu bertiga. Biarpun my english teruk.

Biarkan dia bahagia... tapi aku merana..♥


Topic ni confirm berat. Apa tak nye. Couple dalam masa 3 tahun lebih. Dia lah segalanya-galanya. Tapi aku bersyukur dia bahagia bersama dengan orang yang dia sayang at least tak macam perangai aku. Dan aku terus bersedih dan merana. Cinta membuatkn aku kuat. Cinta juga membuatkan aku lemah. Kenapa aku tak berterus terang kepada dia. Kenapa aku membuat keputusan tersebut hingga kini aku masih mengharapkan dia dan dia terlalu membenci aku atas semua keputusan yang aku ambil. Cukup jika dia kembali sebagai rakan. Tapi bukan musuh. Tapi itu semua mustahil. Orang kata tak payah fikir lagi, perkara dah terjadi dan lepas. Biarkan dia. Tapi korang tak tahu macam mana perasaan aku. Aku putuskan hubungan ni kerana untuk kebaikan kami. Untuk masa depan kami. Aku syg sgt3 dia. Lebih dari nyawa aku kadang2. Untuk hadapi semua situasi ni. Aku jadi teruk sangat. Terlalu teruk. Pernah aku rasa tak nak lagi hidup. Aku terlalu stress. Sampai kena jumpa doctor selalu. Dengan banyak dugaan aku sakit..#####. dan banyak dugaan yang harus aku tempuh. Selama dekat 2 tahun aku cuba lupakan dia. Dan Alhamdulillah aku berjaya lupakan dia 90/100. Aku selalu berdoa supaya aku dapat lupakan dia. Biarkan dia bahagia dan aku ingin mulakan hidup baru. Selama 2 tahun aku hidup dalam keadaan muram, masam, sedih, takut, kecewa semua2 yang negatif. Aku fobia. Fobia akan cinta. Pi Alhamdulillah, banyak yg support aku supaya kuat biar pun mereka tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Dan Alhamdulillah aku semakin dekat dengan segala suruhan agamaku. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku. Dan mungkin aku akan jumpa yang lebih baik lagi dari dia. Begitu juga dia. Kadang2 teringat juga. Tapi kena kuat. Biarkan semua itu berlalu dan hidup untuk masa depan dan pandang ke depan..don't give up!! ayat ni la yang selalu naik kan semangat aku. Supaya aku tak bersedih. Aku percaya dengan ketentuan Allah. Dia merancangkan semua yg terbaik  untuk umat nya. Dan aku harus bersabar dalam mengharungi liku2 kehidupan. Sekarang aku mengenali seorang lelaki. Sahabat aku dari sekolah rendah. Aku cuma harap. Jangan cinta membuatkan aku kecewa lagi. Aku terlalu fobia.Fobia cinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers